free web hosting | website hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting

Sign up for a web hosting account at 741.com

Alatan Lukisan Teknik

 

Lukisan teknik adalah cara menyampaikan maklumat mengenai projek dengan menggunakan gambaran grafik atau lukisan

Lukisan kerja memberikan maklumat penting sperti saiz dan bentuk sesuatu projek yang akan dihasilkan

Antara alatan yang diperlukan dalam lukisan teknik ialah pemadam, pembaris, papan lukis, pensel, set sesiku segi tiga, sesiku T, protractor, jangka lukis dan jangka tolok

 

 

Lukisan teknik dilukis diatas kertas grid atau kertas lukisan

Keras grid yang baisanya digunakan untuk melukis ialah a) kertas grid petak 5 mm atau 10 mm b) kertas isogrid yang bersudut 30 darjah, 5 mm  atau 10 mm

Gred pensel yang selalu dogunakan ialah pensel H, HB dan 2H

 

Jenis Garisan

 

Contoh jenis garisan yang terdapat dalam lukisan teknik adalah seperti yang berikut

 

Garisan

Penerangan

a)       Binaan   

 

   

 

 

Merupakan garisan asas bagi memulakan lakaran

Dibuat dengan pensel secara lembut

Dibuat dengan pensel 2H

b)       objek

Digunakan untuk menunjukkan rupa sesuatu objek

Garisan ini hitam dan tebal dan dibuat dengan HB

c)       tersembunyi

Adalah garisan yang tersembunyi daripada pandangan

Saiznya sama dengan garisan sebenar, Cuma terputus-putus

Dibuat dengan pensel HB

d)       dimensi

Menandakan panjang bagi ukuran sisi objek

Hitam dan halus dan dibuat dengan pensel H

e)       penengah

 

Digunakan untuk menunjukkan pusat bulatan, lubang dan lengkuk

Dilukis dengan sengkang panjang berselang dengan sengkang pendek dengan pensel gred H

f)       Keratan

 

 

 

Menunjukkan keratin sesuatu bahagian

Garisan dilukis condong 45 darjah

g)       skala

Lukisan yang dikecilkan atau dibesarkan

h)       bersudut 30 darjah

Dua garisan bertemu pada sudut 30 darjah pada satu titik

Dilukis dengan menggunakan alat proktraktor atau set sesiku 30 darjah/60 darjah

i)        bersudut 45 darjah

Dua garisan bertemu pada sudut 45 darjah pada satu titik

Bukaan sudut dilukis dengan protractor atau set sesiku 45 darjah

j)        Bersudut 60 darjah

Dua garisan bertemu pada sudut 60 darjah pada satu titik

Dilukis dengan protractor atau set sesiku 30 darjah/60 darjah

k)       menegak

Garisan menengak diatas kertas grid atau kertas lukisan

l)         mendatar/mengufuk

 

 

Garisan mendatar di atas kertas grid atau kertas lukisan

 

Bulatan, segi tiga dan segi empat dapat dilukis dengan menggunakan jangka lukis, pembaris , pemadam , kertas lukisan , pensel protractor atau set sesiku

Lukisan bulatan, segi tiga dan segi empat adalah beberapa contoh satah geometri kerana dilukis dalam dua dimensi

Jumlah sudut dalam segi tiga ialah 180 darjah manakala jumlah sudut dalam segi empat ialah 360 darjah

Lukisan yang mempunyai tiga dimensi seperti kubus dan kuboid dinamakan bongkah geometrid an lukisan ini mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi

Segi tiga mempunyai tiga sisi yang tertutup dan nama segi tiga ditentukan mengikut bukaan sudut dan panjang sisinya

 

 

Segi empat mempunyai empat sisi yang tertutup. Terdapat dua bentuk segi empat iaitu

 

Unjuran ortografik menunjukkan bongkah geometri dalam tiga pandangan yang berbeza

Unjuran ortografik dilukis dari pandangan atas (pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan

Semua pandangan hadapan mesti dilukis dengan tepat dan tegak dari arah tertentu

Pandangan hadapan dilukis dari arah hadapan pandangan

Pandangansisi dilukis dari sebelah kanan pandangan hadapan

Pandangan atas atau pelan dilukis disebelah atas pandangan hadapan

 

   

Mendimensikan bermaksud memberikan ukuran dan saiz kepada objek yang dilukis

Butiran yang perlu dalam mendimensi ialah garisan dimensi, garisan tambahan, anak panah, garis penunjuk dan angka dimensi

 

 

 

 

 

  

Praktis : Nama _______________________________ Tingkatan _________________ Tarikh ___________

 

 

Padankan jenis bahan dan alatan lukisan yang berikut dengan kegunaanya

 

Bahan / Alatan Lukisan

 

Kegunaannya

Kertas isogrid

 

a) melukis bulatan dan membina pelbagai sudut

Jangka lukis

 

b) melukis garisan mendatar dan menyangga sesiku set

Jangka tolok

 

c) melakar garisan tegak dan garisan lurus yang bersudut 30 darjah

Kertas grid petak

 

d) memadamkan garisan yang tersalah lukis

Sesiku T

 

e) menguji jarak yang sama dan memeindahkan jarak

Sesiku set

 

f) melakar garisan lintanng, garisan tegak,d an garisan condong

Pemadam

 

g) melukis garisan tegak, garisan selari dan garisan bersudut

Papan lukisan

 

h) mengalas dan menetapkan kertas lukisan

 

Namakan jenis garisan dalam rajah yang berikut

 

 

 

Lengkapkan unjuran ortografik bagi objek-objek yang berikut

 

Lukis pandangan yang betul mengikut arah yang ditunjukkan

Latihan Lukisan Teknik

 Home | Sukatan Pelajaran | Keselamatan | Kerja Paip | Reka Cipta | Lukisan | Elektrik |Tanaman Hiasan

 

                             Hantar Mesej  

Free Message Forum from Bravenet.com Free Message Forums from Bravenet.com  

Sengaja Di Bina Untuk Kemahiran Hidup, SMKSegambut, Kuala Lumpur
pada Jan 21, 2006 dan Di Kemaskini Terakhir pada 02/23/2006 Oleh Azizi@2006