free web hosting | free website | Business Hosting Services | Free Website Submission | shopping cart | php hosting

Kerja Paip

 

Sistem Bekalan Air Di Rumah

 

A = Paip perhubungan
B = Meter air
C = Kunci Paip
D = Paip Perkhidmatan
E = Tangki Simpanan Air
F = Paip Limpah
G = Paip Cuci
H = Mangkuk Tandas
I = Tab mandian
J = Paip Agihan
K = Pili
L = Paip Perkhidmatan
M = Sinki

 

Sistem bekalan air dirumah terbahagi kepada sistem terus dan sistem tidak terus

Bagi sistem tidak terus, air di bekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaipan seperti sink cuci, tandas dan bilik air

Bagi sistem tidak terus pula, air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke semua kelengkapan perpaipan di rumah

 

Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip

 

Fungsi paip dalam sistem bekalan air di rumah

 

a)       Paip perhubungan ? menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air

b)       Paip perkhidmatan ? menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air ke pili dapur

c)       Paip agihan ? mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan lain, seperti sink cuci, bilik air dan tandas

d)       Paip limpah ? menyalurkan air keluar dari tangki simpanan jika injap bebola rosak

e)       Paip cuci ? menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air semasa pembersihan dijalankan

 

Tangki simpanan air diperbuat daripada kepingan besi galvanic, gentian kaca dan poli

Jenis paip ialah paip besi bergalvani (BG), paip PVC (polyvinyl chloride) dan paip poli

 

 

Penyambungan paip dilakukan untuk meyambung batang paip secara lurus atau untuk menukar arah batang paip

Antara jenis penyambung paip samada PVC. BG atau poli ialah soket, siku , tee, putting dan penyuai

Bahan pemasangan paip digunakan bersama penyambung paip untuk mengukuhkan sambungan dan mengelakkan kebocoran

Bahan pemasangan paip ialah pita poly tetra fluoro ethylene (PTFE), glu paip PVC serta sleeve dan gelang getah untuk paip poli

 

Jenis dan Kelengkapan Paip

 

Alatan tangan dalam kerja paip ialah pita pengukur, gergaji besi, pemotong paip beroda, ragum paip yoke, perengkuh paip, pemotong paip PVC dan paip poli, kikir? bulat, kikir rata , sepana boleh laras dan playar cengkam seribu

 

Tangki simbah berfungsi menakung air untuk mencuci mangkuk tandas secara simbah

Terdapat dua jenis tangki simbah iaitu tangki simbah aras tinggi dan tangki simbah aras rendah

Pili terletak di hujung batang paip dan berfungsi mengawal pengaliran air keluar

Pili terbahagi kepada dua jenis iaitu berbibir dan bertiang

Sesendal pada pelompat mesti diganti jika air masih menitis selepas pili ditutup

 

 

Kerja Penyengaraan

 

Kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada perangkap S, perangkap P dan perangkap botol untuk membersihkan perangkap

Perangkap berfungsi menghalang bau busuk daripada masuk kerumah

Kedap ialah bahgaian perangkap yang sentiasa dipenuhi air

Cara mudah untuk membersihkan perangkap adalah dengan menggunakan pelocok

 

 

Penyenggaraan Perangkap

 

 

  

Praktis 4 : Nama ______________________________ Tingkatan __________________ Tarikh ___________

 

 

 

 

Latihan Tambahan

 Home | Sukatan Pelajaran | Keselamatan | Kerja Paip | Reka Cipta | Lukisan | Elektrik |Tanaman Hiasan

 

                             Hantar Mesej  

Free Message Forum from Bravenet.com Free Message Forums from Bravenet.com  

Sengaja Di Bina Untuk Kemahiran Hidup, SMKSegambut, Kuala Lumpur
pada Jan 21, 2006 dan Di Kemaskini Terakhir pada 02/14/2006 Oleh Azizi@2006