![]() |
|
Reka
Cipta
Rekacipta
adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai
komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak penngguna. Rekacipta mampu
melahirkan pelajar? yang kreatif,
inovatif dan inventif serta mampu menyumbang kearah kemajuan teknologi
Pengenalpastian
Masalah
Merupakan asas dalam
pembuatan produk baru atau produk sedia ada. Boleh membantu sesorang
mengeluarkan produk yang berkualiti dan mesra pengguna . Pemikiran kreatif dan
inovatif hasil pengenalpastian masalah, membolehan sesoang mengeluar pelbagai
produk baru dan meningkatkan produk sedia ada serta mampu memnuhi keperluan dan
kehendak pengguna
Mengumpul Maklumat dan Data
Maklumat dan data sangat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Data merupakan maklumat terperinci
sesuatu masalah yang boleh diperolehi daripada catalog, lembaran spesifikasi
dan manual produk. Maklumat pula berkaitan dengan produk pasaran, reka bentuk
dan sumber teknologi. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan data dan
maklumat. Antaranya adalah melalui :
|
Mengumpul Maklumat Dan
Data |
|
|
Pengalaman Sendiri |
Sistuasi yang pernah
dialami merupakan maklumat yang paling sesuai untuk mengumpul maklumat dan
data |
|
Pembacaan dan
Penyelidikan |
Maklumat diperolehi
daripada bahan-bahan bacaan seperi akhbar, buku-buku, majalah , jurnal,
cakera padat, mikro filem dan sebagainya |
|
Soal Selidik |
Mengedarkan soal sildik
yang berkaitanmasalah yang dihadapi untuk diisi oleh responden. Ia juga boleh
dilakukan secara temu bual |
|
Melayari Internet |
Menggunakan computer dan
pembekal khidmat internet (ISP). Penguna perlu tahu alamat laman web yang
diperlukan. Maklumat yang dipaparkan boleh dibaca, disimpan dan dicetak
sebagai rujukan |
|
Lawatan |
Melihat sendiri keadaan
dan kawasan di mana maklumat boleh diperolehi, Murid akan memperolehi
pelbagai maklumat seperti rekabentuk sesuatu produk, bahan-bahan yang
digunakan , keberkesanan produk, pasaran produk dan cara pemasaran yang
digunakan |
|
Bimbingan guru |
Guru sebagai sumber
rujukan dan pembimbing untuk memudahkan proses mendapat maklumat, idea dan
khidmat nasihat |
|
Pemerhatian |
Memerhatikan sesuatu
produk di pasaran atau disekolah bagi mendapatkan maklumat tentang kesesuaian
saiz dan reka bentuk |
Menganalisis? Maklumat
Setelah maklumat diperolehi
dan dikumpulkan, kita pelu menganallisakan maklumat dan data untuk mendapat
satu rumusan. Maklumat yang relevan kepada penghasilan projek akan dikaji dari
segi kekuatan? dan kelemahan serta dibuat
perbandingan. Menganalisis maklumat perlu dibuat dan keputusan harus direkodkan.
Bantuan boleh diperoleh daripada guru. Kita boleh memilih masalah yang
memerlukan penyelesaian. Keputusan untuk memilih masalah yang perlu
diselesaikan bergantung kepada keadaan, keutamaan, kesesuaian dan kepentingan
kepada pengguna. Sebagai contoh diterterakan hal aspek penyimpanan :
Menganalisis Maklumat
Mengenai Projek
|
Produk |
Produk A
|
Produk B
|
Produk C
|
|
Perkara |
|||
|
Saiz |
400? x 150 x 240 mm |
200 x 150 x 150 mm |
240 x? 150 x 150 mm |
|
Kelebihan |
Boleh digunakan untuk
menyimpan cakera padat |
Cakera padat yang
disimpan lebihkemas |
Sesuai dan kemas untuk
menyimpan cakera padat |
|
Kekurangan |
Tidak stabil apabila
banyak cakera padat diletak dibahagian atad |
Ruang penyimpan terhad |
Ruang penyimpan terhad |
|
Kapasiti |
Boleh memuatkan banyak
cakera padat |
Bilangan cakera padat
yang disimpan terhad |
Ketebalan cakera padat
tidak melebih 10 mm |
|
Pilihan
Warna |
Banyak, pelbagai |
Banyak, pelbagai |
Banyak pelbagai eg merah,
putih, hitam , perak |
|
Bahan |
PVC, kayu atau logam |
PVV , plastic, perspek |
Logam, pvc |
|
Ciri-Ciri
Istimewa |
Menarik sebagai hiasan,
boleh dicat |
Rekabentuk kemas, sesuai
ditempat di ruang kecil |
Mudah dibersihkan , boleh
dicat semula, tiada tepian tajam |
Menyenarai Pelbagai Idea
Penyelesaian Masalah
Idea terhadap penyelesaian
masalah boleh diperoleh melalui pelbagai cara. Perbincangan dan sumbang
saran? merupakan langkah terbaik kerana
kita akan mendapat pelbagai alternative untuk mereka cipta., keperluan dan
teknik pembuatan dan sebagainya. Idea penyelesaian boleh dipersembahkan dalam
pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, lakaran bebas, sumbang saran dan
perbincangan kumpulan
|
-produk yang dihasilkan mestilah praktikal -menggunakan sumber bahan yang mudah diperoleh seperti bahan terpakai -mengira anggaran kos bahan, kos upah, kos overhead dan pasaran -fungsi, kegunaan dan keperluan projek kepada pengguna -kesesuaian projek dengan saiz dan bentuk -projek selamat digunakan dan tidak meninggalkan kesan sampingan terutamanya kepada alam sekitar |
Alternatif Penyelasaian Masalah
Alternatif penyelesaian masalah boleh ditunjukkan dalam lakaran bebas seperti dibawah :
Contoh-Contoh Lakaran Bebas
Lakaran Alternatif Yang Di Pilih
Pemilihan idea ialah proses dimana kita perlu memilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini sangat penting kerana yang dipilih perlulah mampu dibina dan mempunyai ciri yang sangat menarik minat pengguna.
Bagi setiap idea penyelesaian masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut. Setiap aspek penting prlu diketahui seperti :
i. keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada
ii. pengetahuan dan kemahiran anda
iii. bahan dan komponen yang sesuai, mudah didapati dengan kos yang rendah dan tidak membebankan
iv. cara pembuatan produk yang mudah dan sesuai
v. kepentingan produk boleh menyelesai masalah dan memenuhi keperluan pengguna
vi. mesra alam
Perekaan Projek
Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan. Pada tahap ini beberapa reka bentuk projek dilakar berasaskan alternatif yang telah disenaraikan.
|
|
Lakaran projek yang dipilih boleh dibuat dalam bentuk tiga dimensi dan dua dimensi. Lakaran ini dihasilkan untuk mengambarkan bentuk dan saiz projek. Dibawah adalah beberapa reka bentuk projek dalam lakaran tiga dimensi.
Pemilihan Reka Bentuk perlu dilakukan dengan teliti. Reka bentuk yang menarik dan sesuai mampu menjadikan produk berkenaan boleh bersaing dipasaran. Untuk menghasilkan projek, kita perlu memilih lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria reka bentuk yang dilakarkan. Penilaian harus diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama iaitu;-
i. fungsi - projek yang dihasilkan akan befungsi dengan berkesan
ii. rupa bentuk - projek yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang sesuai dan menarik
iii. kesesuaian bahan - menggunakan bahan yang sesuai dan mudah diperolehi
iv. kaedah binaan - menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah
v. ketahanan - mempunyai ketahanan hasilan tinggi
vi. kos - tidaklah terlalu tinggi
vii. kemasan - projek yang dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik
viii. keselamatan - selamat digunakan
ix. nilai komersial - berpontensi untuk dipasarkan
Setelah memilih lakaran yang sesuai, seterusnya hendaklah membuat lukisan kerja. Lukisan kerja yang dimaksudkan adalah dalam bentuk ortografik iaitu lukisan yang dilukis dalam pandangan yang berlainan iaitu :
i. pandangan pelan
ii. pandangan hadapan
iii. pandangan sisi
Lukisan Unjuran Ortografik
Perancangan pembinaan projek perlu dilakukan dengan sitematik bagi menjimatkan bahan, masa dan kos. Bahan dan peralatan perlu dipertimbangkan agar sesuai dengan ketahanan projek dan bernilai komersial. Bahan yang dimaksudkan adalah papan lapis, kayu, kepingan logam, PVC, perspek, mounting board, pelekat, medium density fiberboard. Alatan yang digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan dilakukan melibatkan beberapa proses seperti mengukur, menanda, memotong, membentuk, mencantum dan kerja kemasan.
|
Jadual kerja disediaka untuk memastikan kerja yang dorancang disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti dibawah :
|
|
Kos pengeluaran untuk 100 unit rak cakera padat
| Bahan | Kuantiti (Unit) | Kos Seunit (RM) | Jumlah (RM) |
| MDF 150mm x 300 mm x 10 mm | 100 | 1.30 | 130.00 |
| MDF 150mm x 160 mm 10 mm | 200 | 1.10 | 220.00 |
| MDF 130 mm x 150 mm x 10 mm | 100 | 1.00 | 100.00 |
| Perspek 150 mm x 60 mm x 3 mm | 100 | 0.60 | 60.00 |
| Perspek 147 mm x 60 mm x 3 mm | 200 | 0.60 | 120.00 |
| Perspek 144 mm x 60 mm x 3 mm | 200 | 0.60 | 120.00 |
| Perspek 65 mm x 60 mm x 3 mm | 100 | 0.30 | 30.00 |
| Perspek 65 mm x 20 mm x 3 mm | 200 | 0.20 | 40.00 |
| PVC 65 mm (diameter) x 100 mm | 100 | 0.30 | 30.00 |
| Kertas las, cat, paku dan glu | 1.00 | 100.00 | |
| Jumlah | 950.00 |
Kos Upah : Bil pekerja x
jam bekerja x kadar sejam = 3 x 60 x RM3.00 = RM
540.00
Kos Overhead : Elektrik RM15.00 + Air RM 2.00
= RM 17.00
Kos Pengeluaran (100
Unit)
= Kos
Bahan + Kos Upah + Kos Overhead
= RM 950.00 + RM 540.00 + RM 17.00
= RM 1507.00
Kos Pengeluaran
Seunit
= RM 1507.00 / 100
= RM 15.07
Projek yang berjaya adalah projek yang dapat berfungsi pada peringkat pengujian dan kemasan dilakukan supaya projek akan kelihatan lebih menarik, permukaannya menjadi lebih licin, permukaannya lebih mudah dibersihkan dan lebih selamat digunakan.
Pendokumentasian
Dokumentasi reka cipta adalah satu laporan bertulis yang lengkap mengenai hasil reka cipta. Dokumentasi yang lengkap seharusnya mempunyai :
a) Tajuk projek atau nama
projek
b) latar belakang projek - pernyataan masalah, produk sedia ada dan
cadangan projek
c) objektif dan fungsi projek
d) jadual kerja
e) deskripsi projek -
bahan, lakaran dan carta pembinaan
|
Hantar Mesej |
|
Sengaja Di Bina Untuk
Kemahiran Hidup, SMKSegambut, Kuala Lumpur
pada Jan 21, 2006 dan Di Kemaskini Terakhir pada
01/28/2006
Oleh Azizi@2006