![]() |
|
|
KEMENTERIAN PENDIDIKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN I-III (SEMAKAN) PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN Mei 2002
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita MAKA KAMI, rakyat KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di
Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia
dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan
masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar
dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini
merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran
teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini
membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan
mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan
industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid
dipupuk sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi,
berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.
Aktiviti yang diberi
tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan dengan
pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan.
Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan
perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap
yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti
amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal
faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam
keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. OBJEKTIF
Kurikulum Kemahiran Hidup
Bersepadu adalah untuk membolehkan murid: 1. Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif
dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu,
papan lapis dan bahan komposit 2. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah
sekeliling dan mendapatkan idea dari pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk 3. Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara
dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian 4. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan
mesin jahit 5. Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan
kawasan tertentu 6. Memilih alatan, perkakas dan bahan serta
menggunakannya dengan teknik yang betul 7. Mengenal pasti kepentingan perniagaan,
perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam
negeri dan antarabangsa 8. Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan
serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan 9. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran,
kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos 10. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan
maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek 11. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang
baik dan selamat ORGANISASI KANDUNGAN Kandungan mata pelajaran
ini diolah mengikut bidang pembelajaran yang mengandungi beberapa unit
pembelajaran. Unit pembelajaran ini dihuraikan dalam bentuk
tajuk atau aktiviti. Mata pelajaran ini terbahagi
kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian
Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi.
Manakala Bahagian Pilihan mempunyai empat bidang pembelajaran
iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan
Keusahawanan. Murid mengambil semua bidang pembelajaran
dalam Bahagian Teras dan salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam
Bahagian Pilihan. Deskripsi bidang pembelajaran dan
senarai unit pembelajaran mengikut bahagian adalah seperti di bawah. BAHAGIAN TERAS 1. Reka Bentuk dan Teknologi Bidang ini menyediakan
pengetahuan dan kemahiran asas teknologi yang membolehkan murid mereka bentuk
dan menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif. Produk
yang dihasilkan boleh berfungsi secara berkesan khususnya di tempat tinggal dan
di tempat kerja. Bidang ini merangkumi teknik, operasi dan proses
pembuatan yang melibatkan aktiviti seperti pemasangan, penyenggaraan dan baik
pulih dalam kerja elektrik, elektronik dan paip. Murid juga
didedahkan kepada lukisan teknik, penggunaan pelbagai bahan binaan dan kemahiran
dalam masakan, jahitan, mengurus tempat kediaman dan tanaman hiasan. 1.1 Organisasi Bengkel dan
Keselamatan a. Pengurusan organisasi
bengkel dan keselamatan 1.2 Reka Cipta a. Pengenalpastian masalah b. Pencetusan, penjanaan
dan pemilihan idea c. Perekaan projek d. Pemilihan reka bentuk e. Perancangan pembinaan
projek f. Pembinaan, pengujian
dan pengubahsuaian projek g. Pendokumentasian 1.3 Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek a. Pengenalan reka bentuk
dan teknologi b. Jenis bahan dan
pengikat c. Reka bentuk projek d. Perancangan, pembinaan
dan pengubahsuaian projek e. Pendokumentasian 1.4 Elektrik a. Sumber dan kegunaan
elektrik b. Jenis wayar dan kerja
pendawaian c. Mengira kos tenaga elektrik d. Pengenalan motor arus
terus 1.5 Elektronik a. Nama, simbol dan fungsi
komponen b. Membaca dan menterjemah
lukisan skematik c. Penghasilan projek 1.6 Kerja Paip a. Pengenalan sistem
bekalan air di rumah b. Jenis paip, penyambung
paip dan bahan pemasangan paip c. Jenis dan kelengkapan
paip d. Kerja penyenggaraan 1.7 Lukisan Teknik a. Alatan lukisan teknik b. Jenis garisan c. Unjuran ortografik 1.8 Jahitan a. Mesin jahit b. Penghasilan artikel 1.9 Masakan a. Perancangan menu b. Penyediaan dan
penyajian makanan c. Etika makan 1.10 Tempat Kediaman a. Ruang tempat kediaman b. Keselesaan tempat
kediaman c. Penjagaan tempat
kediaman d. Susun atur alatan dan
kelengkapan 1.11 Tanaman Hiasan a. Pembiakan secara
keratan b. Penanaman anak pokok c. Penjagaan anak pokok d. Pemasuan semula BAHAGIAN PILIHAN PILIHAN 1 1. Kemahiran Teknikal Bidang Kemahiran Teknikal
ini merangkumi unit pembelajaran yang membolehkan murid meningkatkan pengetahuan
dalam lukisan teknik, elektrik dan elektronik. Melalui
lukisan teknik, murid mampu menghasilkan lukisan projek. Murid juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan elektrik dan
elektronik dalam kehidupan harian. Bidang ini juga menyediakan
murid dengan pengetahuan peringkat awal dalam asas elektromekanikal dan enjin
satu silinder empat lejang. Dengan demikian murid boleh membanding beza
antara system elektromekanikal dengan system mekanikal di samping mampu 1.1 Lukisan Teknik a. Lukisan isometrik b. Lukisan hamparan c. Lukisan keratan penuh 1.2 Elektrik a. Jenis litar elektrik b. Penggunaan meter
pelbagai c. Unit kawalan utama
bekalan elektrik domestik d. Kuasa elektrik 1.3 Elektronik a. Nama, simbol dan fungsi
komponen b. Membaca dan menterjemah
lukisan skematik c. Penghasilan projek 1.4 Asas Elektromekanikal a. Pengenalan pergerakan
mekanikal b. Pengenalan pergerakan
elektromekanikal 1.5 Enjin a. Jenis dan kegunaan
pengikat dan penyantum b. Bahagian luar enjin c. Bahagian dalam enjin d. Edaran empat lejang e. Sistem enjin f. Menservis enjin 1.6 Perniagaan dan
keusahawanan a. Pengenalan kepada
perniagaan b. Asas keusahawanan c. Konsumerisme PILIHAN 2 2. Ekonomi Rumah Tangga Bidang Ekonomi Rumah
Tangga menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai makanan dan
pemakanan, pengurusan sajian, pakaian dan jahitan. Murid berpengetahuan
mengenai diet dan pemilihan menu yang seimbang untuk merancang kerja dan
menghasilkan masakan seperti kuih tempatan, bater, kek dan biskut serta hidangan
utama dan sampingan. Murid juga berpengetahuan dalam pemilihan
stail pakaian serta menghasilkan artikel dan pakaian. Unit Perniagaan dan Keusahawanan menyediakan pengetahuan kepada
murid yang membolehkan mereka menjelajah peluang-peluang perniagaan atau
keusahawanan yang boleh diceburi dalam bidang ini.
Bidang ini juga membolehkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan harian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat menimbulkan
minat murid untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang berkaitan. 2.1 Pemakanan dan
Pengurusan Sajian a. Diet seimbang b. Perancangan menu c. Prinsip memasak d. Kaedah memasak e. Penyediaan dan
penyajian makanan f. Reka cipta resepi 2.2 Bater a. Jenis bater b. Penyediaan makanan 2.3 Kuih Tempatan a. Sumber kuih tempatan b. Penyediaan makanan 2.4 Kaedah Membuat Biskut
dan Kek a. b. Putar c. Enjut 2.5 Pakaian a. Fabrik b. Pemilihan pakaian c. Penjagaan pakaian 2.6 Jahitan a. Proses jahitan b. Penghasilan projek
jahitan 2.7 Perniagaan dan
Keusahawanan a. Pengenalan kepada
perniagaan b. Asas keusahawanan c. Konsumerisme PILIHAN 3 3. Pertanian Bidang Pertanian memberi penekanan kepada
3.1 Kompos a. Pengenalan b. Bahan membuat kompos c. Pembinaan kompos d. Pengurusan e. Penggunaan 3.2 Tanaman Sayuran a. Jenis sayuran b. Penyediaan tanah c. Penanaman d. Penjagaan e. Pemungutan hasil f. Giliran tanaman 3.3 Haiwan Kesayangan a. Pengenalan b. Pemilihan haiwan
kesayangan c. Perumahan d. Penjagaan e. Kebajikan haiwan 3.4 Ternakan Ikan Air
Tawar a. Pengenalan b. Sistem penternakan c. Penyediaan kolam atau
tangki d. Melepaskan benih ikan
ke dalam kolam atau tangki e. Pengurusan ternakan f. Pemungutan hasil g. Pemasaran h. Pengiraan kos 3.5 Landskap a. Pengenalan b. Tanaman dalam landskap c. Reka bentuk landskap d. Pelandskapan e. Penyenggaraan 3.6 Perniagaan dan
Keusahawanan a. Pengenalan kepada
perniagaan b. Asas keusahawanan c. Konsumerisme PILIHAN 4 4. Perdagangan dan
Keusahawanan Bidang ini menyediakan
murid dengan pengetahuan serta amalan perniagaan dan keusahawanan yang
melibatkan pengurusan dan etika perniagaan, dokumen perniagaan, menyimpan rekod,
pengeluaran, konsumerisme, pemasaran dan simpan kira. Tujuan
bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri,
inisiatif dan berdaya saing. Murid didedahkan secara
tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan
bijaksana. Murid juga boleh bertindak sebagai pengguna
dan pengeluar yang bertanggungjawab. 4.1 Pengenalan kepada
Perniagaan a. Konsep dan kepentingan
perniagaan b. Perkembangan perniagaan
dan masa depannya c. Bentuk dan jenis
perniagaan d. Milikan perniagaan e. Faktor mempengaruhi
perniagaan 4.2 Penubuhan dan
Pengendalian Perniagaan a. Langkah-langkah
menubuhkan perniagaan kecil b. Pengendalian perniagaan c. Bantuan Perniagaan 4.3 Dokumen Perniagaan a. Kepentingan dokumen b. Jenis dokumen c. Maklumat penting dalam
dokumen 4.4 Pengeluaran a. Pengertian pengeluaran b. Faktor pengeluaran c. Bidang pengeluaran d. Kaitan pengeluaran
dengan permintaan e. Proses pengeluaran f. Pengiraan kos 4.5 Keusahawanan a. Konsep keusahawanan b. Ciri utama usahawan c. Usahawan dalam negeri d. Peranan kerajaan dalam
membantu usahawan 4.6 Pengenalan Kepada
Pemasaran a. Pengertian pemasaran b. Fungsi pemasaran c. Objektif dan aktiviti
pemasaran d. Masalah pemasaran e. Strategi pemasaran 4.7 Konsumerisme a. Pengguna dan
konsumerisme b. Hak dan tanggungjawab
pengguna c. Tanggungjawab pengeluar
kepada pengguna d. Peranan persatuan
pengguna dan kerajaan Peranan persatuan pengguna
dan kerajaan Simpan Kira a. Menyimpan rekod
urusniaga b. Merekod urusniaga c. Imbangan Duga d. Akaun Penamat e. Kunci Kira-kira (Lembaran Imbangan)
|
Hantar Mesej
*****************************************************************
Sengaja Di Bina Untuk
Kemahiran Hidup, SMKSegambut, Kuala Lumpur
pada 21 Jan 2006 dan Di Kemaskini Terakhir pada
07 Feb 2006
Oleh
Azizi@2006