![]() |
|
|
Tanaman
Hiasan
Tanaman hiasan
memerlukan medium memasu
yang kaya dengan nutrient untuk tumbuh dengan
subur dan cantik.
Kesuburan tanaman hiasan akan
terganggu apabila nutrient di dalam pasu
yang telah diambil oleh tanaman tidak
digantikan semula. Seterusnya, ruang didalam pasu
turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh. Keadaan ini memerlukan kerja-kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan. Hal yang demikian bagi
menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok dengan sihat. Pemasuan
Semula
Dijalankan untuk
mengantikan medium yang kurang
subur dan pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan
pokok.
Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi
keadaan yang baik untuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan
nutrient, air dan pengudaraan
akar. Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula Tanaman hiasan perlu dipasukan semula apabila menunjukkan ciri-ciri yang berikut :-
i)Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak
segar dimana keadaan ini yang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangan kerana telah diserap oleh
pokok dalam pasu tersebut ii)Medium dalam pasu berkeadaan
padat yang bermaksud medium
didalam keadaan mantap yang menyebabkab pernafasan akar terganggu dan akar
sukar menembusi medium untuk menyerap nutrien. iii)Pasu retak akibat pertumbuhan akar yang banyak dan padat. Saiz pasu
tidak lagi sesuai dan perlu
digunakan pasu yang lebih besar. iv)Air siraman bertakung dipermukaan medium didalam pasu dan mengakibatkan
air sukar meresap dari keadaan medium
yang padat v)Akar padat dan kelihatan keluar
dari lubang dasar pasu
Tujuan Pemasuan
Semula
i)
memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya
ii)
memudahkan pokok hiasan dialih ketempat
yang hendak dihias
iii)
memudahkan kerja
penjagaan Memilih Bekas Pasu yang sesuai untuk Pemasuan Semula
Pelbagai bekas
boleh digunakan untuk kerja pemasuan
semula tanaman hiasan seperti pasu seramik,
pasu tanah liat, pasu
plastik sabut kelapa, kotak
kayu, bekas terbuang dan tayar terpakai.
Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuan pemasuan
semula perkara berikut hendaklah di pertimbangkan :- i) saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasu asal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhan akar ii) pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan air siraman yang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang boleh menyebabkan kerosakan akar
iii)
mudah dibersihkan
iv) kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya
Nota Pendek:-
Saiz pasu juga harus bersesuaian dengan saiz pokok; Saliran lubang air hendaklah sesuai agar pengaliran air siraman yang berlebihan dapat mengalir keluar supaya akar tidak reput; Berat pasu mestilah ringan untuk memudahkan pengalihan pokok hiasan dari masa kesemasa; Lokasi yang bersesuaian untuk diletakkan pasu; Mudah untuk dibersihkan; Kelihatan menarik dan kemas Pasu tanah liat yang baru hendaklah direndamkan dalam air semalaman agar liang-liang roma pasu dipenuhi air untuk mengekalkan kelembapan pada medium; Lubang saliran air hendaklah ditutup dengan serpihan batu atau batu-batu kecil supaya medium tidak terkeluar bersama air siraman melalui lubang saliran Menyediakan Medium
Memasu Penyediaan medium untuk pemasuan semula sama seperti
menyediakan medium untuk memasu. Medium memasu yang sesuai akan
memudahkan pertumbuhan akar pokok dan
membekalkan nutrient yang lengkap,
menyediakan ruang yang mencukupi untuk pengudaraan akar pokok dan dapat
membekalkan kelembapan yang
mencukupi keperluan pokok. Medium pemasuan semula disediakan dengan mencampurkan tanah loam, bahan organik dan pasir
sungai mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1 berdasarkan isipadu medium Langkah-Langkah Memasu Semula Tanaman Hiasan
Selepas pemasuan semula , tanaman hiasan perlu dijaga supaya dapat hidup subur dan segar. Tanaman hiasan yang baru dipasu semula mesti diberi perlindungan daripada cahaya matahari daripada cahaya matahari yang terik. Aktiviti lain dalam penjagaan tanaman hiasan yang dipasu semula ialah :
a) merumput bagi tujuan membuang rumpai dan mengelakkan persaingan tanaman hiasan untuk mendapatkan nutrient, air , cahaya dan ruang serta memusnahkan tempat pembiakan perosak b) menggembur bagi memudahkan air meresap kedalam tanah untuk membaiki pengudaraan, penyerapan nutrien dan pertumbuhan akar c) membaja bagi tujuan memberi nutrient yang diperlukan supaya tumbuhan dapat membesar cepat dan subur d) mencantas bagimemotong atau membuang bahagian tumbuhan untuk mengalakkan tunas baru dan mengawal saiz tumbuhan e) mengawal perosak dan penyakit supaya tumbuhan hidup dengan subur dan menjamin pertumbuhan yang optimum f) menyiram bertujuan membekalkan air dan melarutkan nutrien serta membantu proses fotensis dan transprasi
|
Sengaja Di Bina Untuk
Kemahiran Hidup, SMKSegambut, Kuala Lumpur
pada Feb 06, 2006 dan Di Kemaskini Terakhir pada
February 21, 2006
Oleh Azizi@2006